Saturday, December 4, 2010

Untuk bakal teman hidupku, bacalah...

Posted by Fah@Umi at 5:31 AM 0 comments

Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.



sumber : Artikel iluvislam.com

READ MORE - Untuk bakal teman hidupku, bacalah...

Monday, August 16, 2010

Bidadari

Posted by Fah@Umi at 11:51 AM 0 comments
Aku juga perempuan,
Punya impian,
Anggun dibalut perhiasan,
Hidup bergemerlapan,
Bak artis pujaan.

Kuingin bermadah puisi,
Bersyair dan menyanyi,
Lincah menari,
menghibur dan menyeri.

Namun,
Aku bukan perempuan,
Gopoh mengejar kemahsyuran,
Di tempat persinggahan,
Tiada berkekalan.

Kuingin kemuliaan abadi,
Kemasyuran hakiki,
Bukan yang tiada erti,
Bukan yang dimurkai Ilahi,
Bukan di dunia ini,
Tapi di syurgawi,
Inginku kekal sebagai bidadari.

novel "Tautan Hati"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

READ MORE - Bidadari

Wednesday, August 11, 2010

pengalaman oh pengalaman ...

Posted by Fah@Umi at 1:45 AM 0 comments
aku nk cite ckit pasal pengalaman kerja pertama aku..huhu..

Pengalaman kerja pertama, masa praktikal di kedai spek mata, bukan kerja di kedai, tp di pejabatnya (HQ), aku masa tu sgt la lurus orgnya(budak baik kot), ape yg org suruh buat semua aku buat, dan aku dengan personality aku, sgt bersungguh bt kerja hingga aku ditawar terus bekerja di situ, masa praktikal tu aku rasa seronok bekerja sbb aku tiada tanggungjawab yang besar lg, aku tgk semua org mcm ade tanggungan kerja yg sgt berat, aku terfikir, aku akan jadi mcm diorg jgk ker…huhu….

Jawatan yg ditawarkan aku kurg minat ,iaitu pembantu HR, tapi nk wat mcm mane, bukan semua yang kita suka akan kita dapat, kerja aku hari2 kene taip surat, dan disebabkan fresh graduate, gaji pun ckit, tp aku piker nk cr pengalaman, klu terlalu memilih kerja pun payah gak, xkn nk duk umah tunggu kerja sambil mengemukkan badan kan..

bermula la episode aku yg bekerja sebagai pembantu HR dan seakan-akan HR la jgk, semua beban berkaitan department tu atas kepala aku, masalah pekerja dan berkaitan dan seangkatan dengannya sgt la byk dan aku perlu selesaikan, ditambah pulak aku ni masa belajar dlu xde lak belajar pasal department ni, huhu sgt la payah ku rasakan, jd aku kene study la blk sendiri pasal ni, hampir setahun jgk aku bergelumang dengan kerja ni, aku ni sgt la lurus dalam bt kerja, penat sgt2 otak aku.

Blk kerja, mkn, nk tdo, bgn tdo, mandi, duk mikir masalah pejabat lg, huhu..nasib aku dpt kerja di syarikat yg agak byk masalah jgk, dan aku rasakan semua pejabat pun ade masalah gak, dan akhirnya cukup setahun aku pun chaw dr kerja tu, satu tahun asenya da ckup untuk kutip pengalaman dlm bidang tu…dan aku rasa kerja tu xsesuai dengan aku, tp aku suke mencari pengalaman, byk jgk pengalaman pahit dan manis bekerja di situ, tp aku anggap semua perkara yg berlaku ade hikmah di sebaliknya..aku sgt merindui kak ira, kak nor abg nizam dan rakan-rakan pejabat semua…sejak aku benti aku da x pergi kt sane...hehehe..xde masa lg, sbb skrg sgt2 sibuk..nanti n kantar kad kawin br aku g kot..huhuhu
READ MORE - pengalaman oh pengalaman ...

Sunday, January 17, 2010

Kita ini Tempayan Retak

Posted by Fah@Umi at 10:03 PM 0 comments
Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.

Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu sahaja tempayan yang tidak retak merasa bangga di atas prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali di atas ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang ia miliki.

Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, si tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air;

" Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf. "

" Kenapa? " tanya si pengangkut air.

" Kenapa kamu berasa malu? "


" Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air daripada yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi badan saya. Ini membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang perjalanan ke rumah majikan. Kerana kecacatan itu saya telah membuatmu rugi " , kata tempayan retak itu.

Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, dia berkata ;

" Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan. "

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan dan itu membuatkannya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor. Tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada si pengangkut air atas kegagalannya.

Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu;

" Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga indah di sepanjang jalan di sisimu tapi tiada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku telah menyedari akan kecacatanmu itu dan aku manfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, bahagian kamu yang retak akan mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu, majikan kita tidak akan dapat menghias rumahnya seindah ini. "


Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kekurangan dan kecacatan tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Di mata Allah yang Maha Bijaksana, tidak ada yang terbuang atau dibazirkan secara percuma. Jangan takut akan kekurangan kita tetapi kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan setiap orang, terselit kekuatan yang kita belum temui.

copy dari www.iluvislam.com

untuk manfaat dan motivasi bersama..



READ MORE - Kita ini Tempayan Retak

Janjiku

Posted by Fah@Umi at 9:34 PM 0 comments

Semalam ku berjanji
Pada diriku ini & jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin

Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi

Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap keampunan dariMu

Oh Ya Allah,
Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku yang sendiri tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...Oh Tuhan

Oh Tuhan
kuharapkan..Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku..

kumpulan Dehearty

READ MORE - Janjiku

Saturday, January 16, 2010

Azam

Posted by Fah@Umi at 9:38 PM 0 comments
agaknya dah agak terlambat kot azam aku ni, org bt awal tahun, tapi xpe ar, aku punye suke ar nk bt bile2 pun kan, huhuhu.....lagipun masih awal tahun lagi...^_~

azam ni bukan utk tahun ni saja,tp sampai bile2..

baru2 ni di tempat aku kerja ada buat jamuan, mcm aktiviti yang dijalankan, mmg aku hepy dpt join, salah satu aktiviti yg dijalankan adalah,semua yg terlibat dlm jamuan tu dikehendaki mengemukakan azam tahun baru masing2, aku ni mmg da berdebar2 da, sbb aku ni jenis pemalu ckit nk bercakap2 depan ramai orang, tp aku kumpulkan kekuatan dan bile sampai giliran aku...aku pun bgn...hehehe...

ini azam tahun baru aku yg aku sampaikn dgn ringkas jer, org lain semua panjang je ucapan azam tahun baru..huhuhu...

"saya akan bekerja dan mempelajari semua prosedur di semua department dengan lebih bersungguh2"

dan aku mendapat tepukan gemuruh dari semua rakan2, hehehe....terima kasih kepada semua rakan2 yg memberi sokongan...

sebenarnya byk lagi azam tahun baru aku, tp x mau la sebutkan kt jamuan tu..

iaitu...

1. nk solat awal waktu, x mau tangguh2 lg
2. x nk lawan ckp mak ayah, klu kene beleter pun aku nk senyap jer..
3. x mau boros lg, beli barang yg perlu sahaja
4. nk menyimpan duit tiap2 bulan
5. nk jadi anak yg baik...
6. nk jd seorang hamba Allah swt yg baik dan beriman...
7. berjaya dalam kerjaya yg aku pilih ni..

semoga aku berjaya dalam azam aku, kepada rakan2, doakan kejayaan aku..

azam tu akan sentiasa bertambah ikut keadaan, hehe

CC pasir puteh, kelantan
2.06pm
17 January 2010


READ MORE - Azam

Tuesday, January 12, 2010

Fah Return

Posted by Fah@Umi at 12:55 AM 2 comments
salam..

hampir 5 bulan aku tidak mengupdate blog ni, terlalu byk kerja yg perlu dibereskan ditambah lg dengan labtop ku yg rosak, insyaAllah hujung bulan ni siap dan dapatlah semula aku online mcm dlu2...huhu..x sabar rasanya..

walaupun lame x update tp aku sebenarnya slalu gak mengunjungi rakan2 blog tp x sempat nk bg komen,almaklum la line internet kt CC terlalu lembat, nk buke 1 page pun ambik masa, kadang2 tensyen dibuatnya...

rindu asenya nk slalu online mcm dlu, xde la boring sgt...lagipun aku kurang ckit nk berbual2 ni, klu berbual mesti x lari dari mengumpat,mengata orang, walau pun aku x kata, tp aku dengar pun dapat dosa jgk, jd baik aku duk sorg2 layari internet, mencari dan membaca bahan2 ilmiah,meluaskan ilmu pengetahuan, dapat juga faeedahnya..huhu..

blog ni kira mcm diari aku dan tempat pengumpulan bahan2 dan cerita yg aku rasakan menarik, dapat juga berkongsi dgn rakan2 blog yg lain..

alhamdulillah, dapat juga siapkan 1 entry yg pendek, hehehe.....

fah
kedai abg mansor kok lanas
12 januari 2010
5.10pm


READ MORE - Fah Return
 

^_^PeLaNGii KeHiDuPaN^_^ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal