aku nk cite ckit pasal pengalaman kerja pertama aku..huhu..
Pengalaman kerja pertama, masa praktikal di kedai spek mata, bukan kerja di kedai, tp di pejabatnya (HQ), aku masa tu sgt la lurus orgnya(budak baik kot), ape yg org suruh buat semua aku buat, dan aku dengan personality aku, sgt bersungguh bt kerja hingga aku ditawar terus bekerja di situ, masa praktikal tu aku rasa seronok bekerja sbb aku tiada tanggungjawab yang besar lg, aku tgk semua org mcm ade tanggungan kerja yg sgt berat, aku terfikir, aku akan jadi mcm diorg jgk ker…huhu….
Jawatan yg ditawarkan aku kurg minat ,iaitu pembantu HR, tapi nk wat mcm mane, bukan semua yang kita suka akan kita dapat, kerja aku hari2 kene taip surat, dan disebabkan fresh graduate, gaji pun ckit, tp aku piker nk cr pengalaman, klu terlalu memilih kerja pun payah gak, xkn nk duk umah tunggu kerja sambil mengemukkan badan kan..
bermula la episode aku yg bekerja sebagai pembantu HR dan seakan-akan HR la jgk, semua beban berkaitan department tu atas kepala aku, masalah pekerja dan berkaitan dan seangkatan dengannya sgt la byk dan aku perlu selesaikan, ditambah pulak aku ni masa belajar dlu xde lak belajar pasal department ni, huhu sgt la payah ku rasakan, jd aku kene study la blk sendiri pasal ni, hampir setahun jgk aku bergelumang dengan kerja ni, aku ni sgt la lurus dalam bt kerja, penat sgt2 otak aku.
Blk kerja, mkn, nk tdo, bgn tdo, mandi, duk mikir masalah pejabat lg, huhu..nasib aku dpt kerja di syarikat yg agak byk masalah jgk, dan aku rasakan semua pejabat pun ade masalah gak, dan akhirnya cukup setahun aku pun chaw dr kerja tu, satu tahun asenya da ckup untuk kutip pengalaman dlm bidang tu…dan aku rasa kerja tu xsesuai dengan aku, tp aku suke mencari pengalaman, byk jgk pengalaman pahit dan manis bekerja di situ, tp aku anggap semua perkara yg berlaku ade hikmah di sebaliknya..aku sgt merindui kak ira, kak nor abg nizam dan rakan-rakan pejabat semua…sejak aku benti aku da x pergi kt sane...hehehe..xde masa lg, sbb skrg sgt2 sibuk..nanti n kantar kad kawin br aku g kot..huhuhu
BLOG BARU
-
*JOM FOLLOW BLOG*
*JUBAH IMPIAN*
*http://jubahimpian.blogspot.com*
ada banyak jubah, maxi dress, blouse, skirt , kain sulam dan mcm2 lg
12 years ago
0 comments on "pengalaman oh pengalaman ..."
Post a Comment