Assalamualaikum..
Dah lame aku x update blog aku ni, sebab keje yang bertimbun-timbun selepas aku balik dari wat audit kat cawangan pantai barat selama seminggu, aku ingat nk tulis jugak pengalaman aku selama seminggu semasa bertugas di pantai barat, tapi masa yang tidak mengizinkan, ( sebenarnya tengah cari mood untuk menulis, he..he..he)...
mood yang ade sekarang adalah membaca, dan tempat yang aku lepak untuk membaca adalah di ruangan kegemaran aku, iluvislam.com...diantara artikel-artikel yang aku bace tu, ade satu cerpen/cerita yang menarik minat aku, dan ingin aku kongsikan disini, supaya kita sama-sama mendapat manfaatnya..insyaAllah..
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!
Sahabat-sahabatku sekalian... Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang, mereka yang masih belum memeluk Islam akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam. Moga akhlak mulia yang kita pamerkan akan menjadi wasilah da’wah yang paling berkesan dan berbekas di hati-hati mereka..
sumber : www.iluvislam.com

3 comments on "Imam Thailand & Harga Sebuah Iman"
Cerita yang menimbulkan keinsafan. Walau sekecil mana pun nilainya, andainya bukan menjadi milik kita, kita tidak patut menggunakannya. Fah, terimakasih kerana berkongsi cerita ini.
Bak kata pepatah omputeh pasal traveling..
Take nothing but pictures,
Leave nothing but footprints.
Kalu untuk blog, aku ubahsuai jadi..
Take nothing but knowledge,
Leave nothing but comments ;D
Entah kenapa macam takde kaitan tapi aku terasa nak komen jugak ;D
to kak tirana..
sama-sama kak..:)
to gula kapas..
Alhamdulillah kita sama2 mendapt knowledge nye...thanks sbb sebenarnye leave comment..heheh
Post a Comment