Saturday, December 4, 2010

Untuk bakal teman hidupku, bacalah...

Posted by Fah@Umi at 5:31 AM 0 comments

Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.



sumber : Artikel iluvislam.com

READ MORE - Untuk bakal teman hidupku, bacalah...

Monday, August 16, 2010

Bidadari

Posted by Fah@Umi at 11:51 AM 0 comments
Aku juga perempuan,
Punya impian,
Anggun dibalut perhiasan,
Hidup bergemerlapan,
Bak artis pujaan.

Kuingin bermadah puisi,
Bersyair dan menyanyi,
Lincah menari,
menghibur dan menyeri.

Namun,
Aku bukan perempuan,
Gopoh mengejar kemahsyuran,
Di tempat persinggahan,
Tiada berkekalan.

Kuingin kemuliaan abadi,
Kemasyuran hakiki,
Bukan yang tiada erti,
Bukan yang dimurkai Ilahi,
Bukan di dunia ini,
Tapi di syurgawi,
Inginku kekal sebagai bidadari.

novel "Tautan Hati"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

READ MORE - Bidadari

Wednesday, August 11, 2010

pengalaman oh pengalaman ...

Posted by Fah@Umi at 1:45 AM 0 comments
aku nk cite ckit pasal pengalaman kerja pertama aku..huhu..

Pengalaman kerja pertama, masa praktikal di kedai spek mata, bukan kerja di kedai, tp di pejabatnya (HQ), aku masa tu sgt la lurus orgnya(budak baik kot), ape yg org suruh buat semua aku buat, dan aku dengan personality aku, sgt bersungguh bt kerja hingga aku ditawar terus bekerja di situ, masa praktikal tu aku rasa seronok bekerja sbb aku tiada tanggungjawab yang besar lg, aku tgk semua org mcm ade tanggungan kerja yg sgt berat, aku terfikir, aku akan jadi mcm diorg jgk ker…huhu….

Jawatan yg ditawarkan aku kurg minat ,iaitu pembantu HR, tapi nk wat mcm mane, bukan semua yang kita suka akan kita dapat, kerja aku hari2 kene taip surat, dan disebabkan fresh graduate, gaji pun ckit, tp aku piker nk cr pengalaman, klu terlalu memilih kerja pun payah gak, xkn nk duk umah tunggu kerja sambil mengemukkan badan kan..

bermula la episode aku yg bekerja sebagai pembantu HR dan seakan-akan HR la jgk, semua beban berkaitan department tu atas kepala aku, masalah pekerja dan berkaitan dan seangkatan dengannya sgt la byk dan aku perlu selesaikan, ditambah pulak aku ni masa belajar dlu xde lak belajar pasal department ni, huhu sgt la payah ku rasakan, jd aku kene study la blk sendiri pasal ni, hampir setahun jgk aku bergelumang dengan kerja ni, aku ni sgt la lurus dalam bt kerja, penat sgt2 otak aku.

Blk kerja, mkn, nk tdo, bgn tdo, mandi, duk mikir masalah pejabat lg, huhu..nasib aku dpt kerja di syarikat yg agak byk masalah jgk, dan aku rasakan semua pejabat pun ade masalah gak, dan akhirnya cukup setahun aku pun chaw dr kerja tu, satu tahun asenya da ckup untuk kutip pengalaman dlm bidang tu…dan aku rasa kerja tu xsesuai dengan aku, tp aku suke mencari pengalaman, byk jgk pengalaman pahit dan manis bekerja di situ, tp aku anggap semua perkara yg berlaku ade hikmah di sebaliknya..aku sgt merindui kak ira, kak nor abg nizam dan rakan-rakan pejabat semua…sejak aku benti aku da x pergi kt sane...hehehe..xde masa lg, sbb skrg sgt2 sibuk..nanti n kantar kad kawin br aku g kot..huhuhu
READ MORE - pengalaman oh pengalaman ...

Sunday, January 17, 2010

Kita ini Tempayan Retak

Posted by Fah@Umi at 10:03 PM 0 comments
Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.

Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu sahaja tempayan yang tidak retak merasa bangga di atas prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali di atas ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang ia miliki.

Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, si tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air;

" Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf. "

" Kenapa? " tanya si pengangkut air.

" Kenapa kamu berasa malu? "


" Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air daripada yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi badan saya. Ini membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang perjalanan ke rumah majikan. Kerana kecacatan itu saya telah membuatmu rugi " , kata tempayan retak itu.

Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, dia berkata ;

" Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan. "

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan dan itu membuatkannya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor. Tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada si pengangkut air atas kegagalannya.

Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu;

" Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga indah di sepanjang jalan di sisimu tapi tiada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku telah menyedari akan kecacatanmu itu dan aku manfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, bahagian kamu yang retak akan mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu, majikan kita tidak akan dapat menghias rumahnya seindah ini. "


Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kekurangan dan kecacatan tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Di mata Allah yang Maha Bijaksana, tidak ada yang terbuang atau dibazirkan secara percuma. Jangan takut akan kekurangan kita tetapi kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan setiap orang, terselit kekuatan yang kita belum temui.

copy dari www.iluvislam.com

untuk manfaat dan motivasi bersama..



READ MORE - Kita ini Tempayan Retak

Janjiku

Posted by Fah@Umi at 9:34 PM 0 comments

Semalam ku berjanji
Pada diriku ini & jua kepada diriMu
Daku telah berjanji
Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin

Tapi hari ini Kau saksikan
Diri ini telah lakukan
Dosa yang kujanji takkan ku ulangi

Rasa seperti telah hilang percaya pada diri
Dan rasa amat malu untuk menghadapMu
Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhanku kuharap keampunan dariMu

Oh Ya Allah,
Telah kurasa seluruh nikmatMu
Umpama istidraj yang menggunung tinggi
Kerna kesilapanku yang sendiri tak mampu
Untuk Iltizam pada taubatku...Oh Tuhan

Oh Tuhan
kuharapkan..Kau ampunkan dosaku
Hulurkanlah padaku maghfirahMu
Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku..

kumpulan Dehearty

READ MORE - Janjiku

Saturday, January 16, 2010

Azam

Posted by Fah@Umi at 9:38 PM 0 comments
agaknya dah agak terlambat kot azam aku ni, org bt awal tahun, tapi xpe ar, aku punye suke ar nk bt bile2 pun kan, huhuhu.....lagipun masih awal tahun lagi...^_~

azam ni bukan utk tahun ni saja,tp sampai bile2..

baru2 ni di tempat aku kerja ada buat jamuan, mcm aktiviti yang dijalankan, mmg aku hepy dpt join, salah satu aktiviti yg dijalankan adalah,semua yg terlibat dlm jamuan tu dikehendaki mengemukakan azam tahun baru masing2, aku ni mmg da berdebar2 da, sbb aku ni jenis pemalu ckit nk bercakap2 depan ramai orang, tp aku kumpulkan kekuatan dan bile sampai giliran aku...aku pun bgn...hehehe...

ini azam tahun baru aku yg aku sampaikn dgn ringkas jer, org lain semua panjang je ucapan azam tahun baru..huhuhu...

"saya akan bekerja dan mempelajari semua prosedur di semua department dengan lebih bersungguh2"

dan aku mendapat tepukan gemuruh dari semua rakan2, hehehe....terima kasih kepada semua rakan2 yg memberi sokongan...

sebenarnya byk lagi azam tahun baru aku, tp x mau la sebutkan kt jamuan tu..

iaitu...

1. nk solat awal waktu, x mau tangguh2 lg
2. x nk lawan ckp mak ayah, klu kene beleter pun aku nk senyap jer..
3. x mau boros lg, beli barang yg perlu sahaja
4. nk menyimpan duit tiap2 bulan
5. nk jadi anak yg baik...
6. nk jd seorang hamba Allah swt yg baik dan beriman...
7. berjaya dalam kerjaya yg aku pilih ni..

semoga aku berjaya dalam azam aku, kepada rakan2, doakan kejayaan aku..

azam tu akan sentiasa bertambah ikut keadaan, hehe

CC pasir puteh, kelantan
2.06pm
17 January 2010


READ MORE - Azam

Tuesday, January 12, 2010

Fah Return

Posted by Fah@Umi at 12:55 AM 2 comments
salam..

hampir 5 bulan aku tidak mengupdate blog ni, terlalu byk kerja yg perlu dibereskan ditambah lg dengan labtop ku yg rosak, insyaAllah hujung bulan ni siap dan dapatlah semula aku online mcm dlu2...huhu..x sabar rasanya..

walaupun lame x update tp aku sebenarnya slalu gak mengunjungi rakan2 blog tp x sempat nk bg komen,almaklum la line internet kt CC terlalu lembat, nk buke 1 page pun ambik masa, kadang2 tensyen dibuatnya...

rindu asenya nk slalu online mcm dlu, xde la boring sgt...lagipun aku kurang ckit nk berbual2 ni, klu berbual mesti x lari dari mengumpat,mengata orang, walau pun aku x kata, tp aku dengar pun dapat dosa jgk, jd baik aku duk sorg2 layari internet, mencari dan membaca bahan2 ilmiah,meluaskan ilmu pengetahuan, dapat juga faeedahnya..huhu..

blog ni kira mcm diari aku dan tempat pengumpulan bahan2 dan cerita yg aku rasakan menarik, dapat juga berkongsi dgn rakan2 blog yg lain..

alhamdulillah, dapat juga siapkan 1 entry yg pendek, hehehe.....

fah
kedai abg mansor kok lanas
12 januari 2010
5.10pm


READ MORE - Fah Return

Monday, June 29, 2009

Apa Makna Tanda Tangan Anda

Posted by Fah@Umi at 8:56 AM 7 comments

Makna tanda tangan ni fah amik kat majalah wanita keluaran April 2006, majalah lame..iainya ditulis oleh Dr.Hm Tuah Iskandar A-Haj

ape yg ditafsir ini kate beliau " tidak wajib betul malah harus salah"sekadar suke-suke dan juga untuk melahirkn peribadi yang lebih unggul dan tuntas. kita mampu mengubahnya

Satu garisan di bawah tanda tangan
anda seorang yang sangat yakin dan ada personaliti yang hebat. bagaimanapun, anda agak selfish tapi percaya dengan kebahagian dalam hidup sgt perlu.

Dua titik di bawah tanda tangan
anda romantik. mudah bertukar pasangan sebagaimana mudahnya menukar pakaian. anda memilih kecantikan dan anda sentiasa berusaha kelihatan cantik. anda mudah menarik perhatian orang mendampingi anda.

Satu titik di bawah tandatangan
anda kelihatan mudah dan tenang, tetapi cepat hilang kepercayaan apabila mendapati orang telah mengkhianati anda

Tiada garisan atau titik di bawah tandatangan
anda enjoy dengan hidup anda, ikut cara dan gaya anda sendiri. anda kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain.

Tandatangan yang tiada kaitan dengan nama
anda sentiasa berusaha supaya smart, suke berselindung dan jarang mengambil pandangan orang sebagai panduan hidup. anda amat yakin dengan kebolehan diri sendiri.

Tandatangan berasakan ejaan nama tetapi sukar nampak
anda cerdik tetapi kurang mahu berfikir. anda menukar pandangan dan idea begitu cepat.

Tandatangan huruf satu-satu, tidak bersambung
anda seorang yang prihatin, tidak mementingkan diri sendiri, sanggup berkrban ape saje untuk orang lain, anda seorang pemikir dan mudah serik

Tandatangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
anda seorang yang sangat baik. anda bolehh seimbangkan diri dengan apa jua keadaan atau siapa juga yang anda berurusan. anda tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat yang tinggi.


apa yang ditafsirkan diatas "tidak wajib betul harus salah", sekadar salah satu usaha untuk membina personaliti unggul. jika ia betul dan ada benarnya serta baik, teruskan, jika ia betul dan tidak baik bersamalah menghapuskan dan cuba usaha untuk perbaiki untuk jadi lebih baik.

fah punya tandatangan, ada garisan di bawah tandatangan dan ikut ejaan nama tapi sukar nampak... :D


anda pula??contoh
saya suke conteng buku jadi mcm ni di kala bosan...hihi
READ MORE - Apa Makna Tanda Tangan Anda

Wednesday, June 24, 2009

Posted by Fah@Umi at 11:51 PM 1 comments

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia sendiri."



"Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Kawan pendamping yang soleh ibarat penjual minyak wangi. Apabila dia tidak memberi minyak wangi, kamu akan mencium keharumannya. Sedangkan kawan pendamping yang buruk ibarat tukang besi. Apabila kamu tidak dijilat oleh apinya, kamu akan terkena asapnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)"



"Demi Allah, dunia ini jika dibandingkan dengan akhirat ibarat seseorang yang mencelupkan jarinya ke laut; air yang tersisa di jarinya ketika diangkat itulah nilai dunia” (dari Al-Mustaurid ibn Syaddad r.a, Hadits Riwayat Muslim)."


berpesan-pesan pada kebenaran

sumber:

http://sahabatmusleem.blogspot.com/

READ MORE -

Saturday, June 20, 2009

Hari-Hari Ku

Posted by Fah@Umi at 7:59 AM 4 comments
Kali ini aku nk citer rutin harianku, dari tempat kerja hingga ke rumah tempat aku sewa, tapi banyak gambar je la, huhuhu...aku ni mmg suke bangat tangkap gambar..semua benda pun aku nk abadikan dalam bentuk gambar, dan bile tgk balik rasa seronok pulak..kalau mase sekolah dulu beli kodak dan kongsi ngan kawan2, dan tangkap gambar diri sendiri di semua sudut sekolah pastu cepat-cepat cuci sebab tak sabar-sabar nk tengok..huhu..dulu2 tak mampu lg nk beli kamera digital...kalau kt rumah tu lebih kurang satu kotak penuh dengan album gambar aku jerk..mak selalu marah sebab membazir..huk3x..

sekarang ni tak cuci gambar dah, lepas tangkap gambar terus boleh tgk, pastu simpan dalam lbtop, pastu boleh edit2 lagi, mang canggih zaman sekarang ni berbanding dulu-dulu..

ni antara pic kt opis aku

aku suke pic ni, cam ade seni jerk..hik3x


ni adalah gelang tangan ku dan henset ku yg dah buruk..sob3x..tp aku sayang hp ni..dah berpuluh kali jatuh tp tak rosak, sesuai bangat ngan tuan nye yg agak lasak


pandangan dari sudut tempat duduk aku, korang ade nampak sesuatu tak dalam gambar ni, ade mate yg sedang melihat..mang ngeri bangat..benda yang berwarna hitam dan sentiasa memerhati aku dan budak2 opis ni....tak nmpk??..an an an..(ayat baru dr adik cukulet dan pakchu)...best lak ase..







daa..ni dia...benda alah ni nama pe dah, lupa lak aku, yg menyebabkan aku kene sentiasa bersopan, klu wat benda pelik2 ckit akan kene kutuk ngan bos..huk3x..nasib baik kamera tu kt bhg belakang komputer aku, klu mengadap depan komputer aku..nmpknye x leh la aku nk serve ternet untuk ilangakan ketensyenan kerja, dan mengantuk...huk3x(alasan)..tp mang betul..hihihi




BALIK TIME !!


Opis aku ni di tingkat 1...citer pasal tangga lak..selalu je bdk2 opis kate kt aku, " da agak da sape yg naik..hahaha....mcm nk runtuh tangga ni, satu opis bergegar ngan bunyik kasut ko"....huk3x, dah mang style aku dan kejadian semulajadi aku jln hentak2 kaki..kadang2 tu berlari naik tangga sbb kejar masa sampai dah lupa CCTV yang sedang mengintai dan merakam pergerakan aku, hancur kesopanan aku..huhuhu

( baru teringgat benda alah tu nama CCTV )

ni lak gambar kedai tempat aku bekerja, chantek tak??..chantek kan..(^_^)


chantek2 spek..

asma' dan ida...aku lak blk start kaki, mugo dekat jer, 10 minit jalan kaki..exercise..


promosi !! jom2 beli..hik3x


gerai nasi kukus yang best..mase ni tak buke lagi, biasenye akan dibuka dlm kul 5.30 pm..kalau bulan pose mang kene beratur panjang ar, org cina pun join sekali beratur, patut bg kt org melayu yg pose ni la dulu yg beli..(jarang aku beli sini sbb malas nk beratur walaupun lauknye sedap2x

hari2 ku mengadap bangunan2x, gerai2x dan semak samun ini...sungguh mencabar..hihihi

tadaaa..dah sampai

kenangan..kot2 aku balik keje kat kemaman ker..insyaAllah
aku syg semua staff rozaimi optometrist....byk ilmu dan pengalam yg aku dapat kat sini..staff kt sini semua mesra2x..dah mcm family dah..

(mcm la ku da dapat keje lain..huk3x)














READ MORE - Hari-Hari Ku

Monday, June 1, 2009

percutian ke pulau perhentian

Posted by Fah@Umi at 7:55 AM 9 comments
Macam tajuk karangan darjah 4 pulak ase..hehehe...dah agak terlalu lame asenye tak mengupdate kan blog ni...kebizian dan ketidak adaan mood yang menyebabkan blog ini tidak diupdatekan(btl ke ayat bm ni), ...ditambah pula dengan internet yang lembab bangat, klu aku buke ternet pun wat sakit hati dan menimbulkan ketensyenan, jadi aku memilih utk tgk tv dan makan dan tido untuk menghilangkan kebosanan.

kebizian aku yang dulu dah kurang ckit sebab kelas dah abis, dah amik exam, tunggu result jer...kak ipar pun dah tak hantar mujahid dan sofea sebab dia dah tak keje, cufah rindu pada kalian..sob3x..cdih...mesti korang dah bertambah comel, dah lame tak cubit-cubit pipi, tak berkejaran, dlu mujahid selalu nk main kt tangga dan nk main air dalam toilet, skrg aku dah xde kebizian jaga anak buah, rindu lak ase..

terlalu banyak perkara aku nk cerita dan simpan dalam blog ni, tp asyik bertangguh dan banyak masalah teknikal dan bukan teknikal, akhirnya malam ni baru boleh update

15 mei 2009 yang lalu...aku ngan sek2 opis g pulau perhentian, dan inilah kali pertama kali aku ke pulau(kecuali langkawi) sepanjang 24 tahun aku hidup di bumi terengganu, huhuhu...mang best dan buget sorang RM150.00..murah tak??hehe..bos sponser seratus..

perhatian : cerita kali ini adalah dalam loghat terengganu+kelantan, harap yang membaca tu memahamkan diri masing2, kalau tak paham pun buat2 paham jelah, sbb aku xde mood nk loghat pantai barat skang..hehehe

antara pic yang sempat di tangkap


7.00am..depan kedai tempat aku keje, mase ni tgh tunggu kak nor, sambil2 tunggu tgkp pic dlu, xdok org nk tlg tgkp, so aku tgkp sendiri la..hihihi...


on the way nk g doh ni, tgh jalan, aku pun tok ingat doh jalan ni name per, yang pastinya jalan raya ar, kak nor drive, aku duk tepi jer, bual2 sambil makan2, seat belakang asma ngan sya...g ngan 3 buah keta, keta kak nor, helmie dan abg fendie, sek2 laki ( nizam, helmie, faris)...dan abg fendie bawak family die(wife die & 4 org anak yang kecik2 dan chomel2)

nk masuk kawasan jeti doh ni, g simpan keta dulu

sambil2 tunggu kat jeti, makan dulu puding yang dibawa oleh sya...kelaparan belake, mugo dok makang pagi belake lagi...aku lak makan byk doh dalam keta td..hehehe

atas bot, nama bot tu pe ek..lupe la plop...hok depan skali tu, koya superman, nama die nizam, mualaf tu, org sabah, tepi aku lak asma, tudung ijau tu kak nor n tepi kak nor lak sya..dua org kt belakang lak, faris ngan helmie...angin mang kuat ar, tudung kepek blake, tok leh nk maintain, relax jer tapi


dah nk sampai, tempat yang kitorang stay tu, namanya sha-ri island resort


jom !! jom !!

tgh bersiap2 untuk makan sarapan...bdk2 kecik tu anak abg fendi, yg tudung purple tu isteri abg fendi

11.30am-makan pagi time



pemandangan dari sha-ri la resort

Snorkeling time

testing !! testing !!...cam robocop jer..hihi



on the way nk g tmpt snorkeling

kiteorang g dua tempat jer, kawasan terumbu karang ngan shark

boleh nampak sekor-sekor ikan, tapi tak leh nk tangkap mugo laju sangat die berenang. kt tempat terumbu karang memang cantik sangat2, air jernih berbanding kawasan shark

ni nk citer ckit, mase aku duk berenang2 macam kura2 tu, mase tu aku duk dalam group lagi, pastu sedang asyik duk tgk terumbu karang tu, lame jgk la, aku angkat je kepala, tgk2 aku duk sorang2, sbb tak sedar aku dah berenang dan hanyut dan terkeluar jauh dari group, jauh jgk la, mang gabra la, air laut pulak ase cam kejap sejuk kejap panas, berdebor doh aku, aku pun berenang balik, ase penat gile sebab campur ngan gabra, sek2 tu pulok sakan sgt sampai dah lupa aku ni hilang sorang, mujor ade sorang dari bot lain nmpk aku, dia nmpk muke aku gabra kot, die tanye la kenapa, aku oyak tak larat nk berenang balik, malu pun ade mase tu...hehehe...mujor die smart jgk, die pun tarik aku n bawak aku balik kt group aku, pastu aku x berani doh nyelam lame2, takut hanyut kt lain lak...naik atas bot, citer la ke sek2 ni, selok diorang ketawa, kurang asam jawa btl

lepas naik bot tu, aku ingat nk balik doh la, badan ni mang penat xleh nk oyak doh guane, rupa2nye g kat tempat lain lak, mule2 aku tak tau tempat kedua ni kawasan shark, bela2 dah sampai terjun jgk la sekali lagi walaupun penat, mugo bukan sokmo bleh wat aktiviti macam ni...mase duk main renang2 n snorkeling tu, abg bot yg bawak kiteorang tu asyik suh tgk dlm air, aku ni heran, tgk per, air keruh je kawasan ni, tempat yg pertama td lagi come....pastu dgr la orang dari bot lain kate, nmpk shark duk legar2 dan pusing kat kawasan kiteorang, aku ni ape lagi, panic la...nk tgk takut, nk naik bot, bot duk jauh...teringat cite mat salleh, biasenye shark kalu nk makan menda2 die pusing2 dlu, bedebor la, tp aku tgk org lain relax jer...pastu abg bot kiteorg tarik aku ngan asma suh tgk dlm air, aku pun beranikan diri tgk, tp tak nmpk pun, huhu....shark tu dah lari tempat lain kot..abg tu kate xde lagi kes makan kaki org dan shark ni dah biase ngan manusia...hehehe

nizam lak asyik nk tipu bdk2 kecik jer, die kate dalam air ade spongebob, menjerit2 anak abg fendi nk turun laut jgk...die oyak ke bdk2 tu die superman, bdk2 tu cayer la, serius jer die mase duk cerita ke bdk2 tu...cian2..hehe

lepas tu, abg bot bawak kiteorang g pusing2 pulau, tgk kawasan perkampungan kt situ, klinik atas bot pun ade, antara pic yg sempat ditangkap sebelum balik ke chalet

sekolah



Malam barbeque
9.00pm-malam barbeque...duk snorkeling siang td, baru nk ilang berat aku 2 kg, tp makan ngan banyak malam tu, naik semula 5 kg

lepas makan, g jalan2 tepi pantai..ase cam duk luar negara plop mugo asyik nmpk mat salleh jer kat pantai ni

7.30am-16/05/2009
lepas sarapan, main tenet jap(action jer ni, x main pun)...hehe...mahal the giler tenet kat sini, agaknye line tenet kt sini naik bot dulu kot baru sampai pulai ni, klu korg nk tau kadar tenet sini
10 minit=RM3
20 minit=RM6
1/2 jam=RM8
1 jam=RM15

8.00am-Suasana di pagi hari di tepi pantai, mase ni mat2 salleh tak bangun tido lagi

nk balik doh mase ni..muke cdih..sob3x

12.00pm-bergambar kenangan sebelum balik


antara khazanah yang aku jumpe mase snorkeling..hehe


READ MORE - percutian ke pulau perhentian

Sunday, May 10, 2009

Secawan kopi

Posted by Fah@Umi at 12:09 AM 3 comments

Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan. Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh.

Kemudian, Dr. Izwan bertanya, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?" . Para pelajarnya menjawab, "Ya, balang kaca itu sudah penuh". Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi,"Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya.

Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan. Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil.

Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya, "Adakah balang kaca ini sudah penuh?. Para pelajarnya menjawab, "Ya, sudah penuh". Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya,"Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?".

"Baiklah saya akan terangkan sebabnya. Balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu", jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.

"Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat", Dr. Izwan menyambung.

Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, "Habis, air kopi tu melambang apa pula?". Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibubapamu. Jika kamu berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup sebenarnya anda silap! Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati dan tentukan yang mana satukah prioriti.

lepas bace citer ni, agak tersentak, sbb sgt kene ngan diri aku.."tersentaknya bagai stepler yg diketuk atas dahi mase mengantuk" ...xleh bg perumpamaan tukul la, sbb akan sakit bangat tu...

cerita ini sangat menarik dan sangat bermakna untuk diriku..jika dipikirkan kerja-kerja aku kt opis ni, sampai bile pun x kn habis sebab siap satu kerja, akan datang kerja lain pulak, tp alhamdulillah, skrg ni dah x byk kerja sebab aku tak menangguhkan kerja, ade jer, terus aku siapkan walaupun terpaksa balik lewat, tp lewat yang tak melampau la..hehehe...

skrg ni komputer aku asyik hang, hari ni ajer dekat 6 kali gak la aku duk restart balik, aku dah la tak reti sangat bab2 komputer, nk buka dokument2 pun x leh, tp buke internet bleh pulak, ape punya baguih la komputer ni, hahaha....

tgh2 duk tunggu pengurus IT nk format komputer aku tu, aku search2 la tenet jap, dan terbaca cerita kat atas tu, dan menyedarkan aku yang agak lalai kebelakangan ini, asyik ngan kerja dan tensyen...hmm.....sampai lupa semua yg lebih penting dlm kehidupan aku..

Alhamdullillah, aku bersyukur padamu ya Allah kerana menyedarkan aku..





Sumber: i luv islam
READ MORE - Secawan kopi

Wednesday, April 29, 2009

Ketika cinta bertasbih movie

Posted by Fah@Umi at 8:19 AM 7 comments



Mmm..cinta! menurutku, sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan dengan panjang lebar.

Namun jika cinta kudatangi aku malu pada keteranganku sendiri


Meskipun lidah ku telah mampu menguraikan dengan terang, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya.

kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya, bagaikan keledai terbaring dalam lumpur, cinta sendirilah menerangkan cinta dan percintaan

Anna anthafunnisa


Jiwang !! jiwang !! blog ini memang jiwang, sesuai dengan hati dan perasaan tuannya, hehehe...mengaku secara terang-terangan walaupun sudah ramai kawan yang mengutuk dan mengeji, aku tak kisah kerana aku ingin menjadi diri sendiri, bukan nk jadi orang lain..huhuhu...aku mang jiwang, dan sukakan seni, suka sastra, menghayati setiap novel yang aku baca, klu citer sedih, nangis la jadinya...klu klaka, ketawa sorang2..hehe..

tak sabar-sabar nak tengok citer ni walaupun novelnye sudah habis ku bace, 2 bijik tu, teballl !!....camne tau tebal walaupun bace dalam ebook?..hehehe...tapi mang teballll ar, amik masa utk aku habiskan, aku ni dah la x cukup masa sokmo, tp akhirnya habis jugak, aku dan citer sinopsisnya pada posting yang dlu...

bulan jun ni akan ditayangkan, tp kat indonesia, cian aku kt malaysia ni..bile agaknya akan ditayangkan kt malaysia..hmm..

aku x dapat bayangkan, tgk filemnye nanti, adakah bilikku akan banjir lagi, sbb bace novelnye pun dah berderai-derai air mata, ni klu tgk ni, mesti tgk ngan kwn2, maknenye aku kene tahan sebab kene kutuk lagi la jawabnye..wat2 relax ajer..hihihi

aku pencinta sastra





READ MORE - Ketika cinta bertasbih movie

Tuesday, April 28, 2009

Saat ini..

Posted by Fah@Umi at 1:43 AM 6 comments
kt opis...boring, bowing, boling, ade belake saat dan ketika ini...bestpren aku dah blk kg sbb die start praktikal minggu depan kt kg halaman kami, kemamang ganu...tggl la aku sorg2 yg dah xde tmpt nk luah poblem, dlm bilik tmpt kami sewa tu ade 2 katil double decker, tp aku duk sorg2, semua tilam2 dan 4 biji almari aku kongker, haha...bile org tanye, xtakut ke tdo sorg2, aku kate biase jer, padahal dan sebenar2nye penakut gak aku ni, tp nk wat mcm mane, mls nk pindah bilik lain yg ade org, sbb aku dah sayang dan selesa dgn bilik tu....

dah agak lame bebenor aku x update belog ni sbb busy dgn part time job aku berbisnes, ni blog bisnes aku http://cc-chantek.blogspot.com..sape nk jd chantek sila la beli kat blog aku..huhuhu..ownernye biase2 jer, hehehe, cuma barang2 yg dijual tu chantek2 bangat lah bak org indon kate...sesuai sgt la sape2 yg nk cari tudung ker, gelang ke, utk diri sendiri, nk bg kt mak ke, kt nenek ker, nk bg jiran sebelah rumah ker, nk bg makcik2 kampung sebelah ker, dan wat masa ni aku jual barang-barang pempuan jer..klu jual brg lelaki, nk kene tukar name ker??...ape byk ker laaa...

aku ase teruja kendalikan blog tu ~chantek collection~, mungkin dah takdir aku jd org bisness kot, walaupun dah dekat sebulan, byk gak dugaan-dugaan yg dtg..tp aku sabo dan x jemu pun, dtg lak idea-idea lain nk majukan lagi, cuma masa yg tidak mencukupi...

dalam 1 hari,

9.00 am hingga 5.00pm=kat opis

5.30 pm hingga 7.30 pm=kelas

8.00pm hingga 9.30pm= jaga anak buah, kadang2 jg sofia, kdg2 mujahid

9.30pm hingga 11.30pm=study smbil tgk tb

11.30pm hingga 1.00am=buke ternet, tu pun slow the giller...nk upload 1 pic amik mase hmpir 5 minit...

tu la aktiviti harian ku....


td lak aku print ******, last2 kene bt semula.......aaaaaaaaahhhhh...aku mang xsuka wat keje dua kaliiiiiiiiiii.....sabo2...


walau pelbagai dugaan yg datang, aku akan terus tabah dan berdoa kepada Nya, dan hadapi dengan senyuman...:D



senyum lah dari hati, duniamu kan berseri.......



READ MORE - Saat ini..

Friday, April 10, 2009

Apa itu Cinta?

Posted by Fah@Umi at 9:41 AM 7 comments
Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya satu bebanan,
Mereka yang tidak serius dengannya, menyebutnya satu permainan,
Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya satu impian,
Mereka yang mendambainya, menyebutnya satu takdir.

Adakalanya, Allah sememangnya mengetahui yang terbaik tetapi diberinya kesusahan untuk menguji kita. Adakalanya sehingga melukai hati, supaya nikmat sesuatu cinta itu lebih dihargai.

Jika kita kehilangan cinta, ketahuilah.. pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kala sulit untuk dimengertikan, namun kita tetap harus percaya bahawa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telahpun bersedia untuk memberikan yang lebih baik.

Kenapa harus sesuatu cinta itu mengambil masa?
Kerana walaupun kita ingin membuat satu keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa.
Kerana walaupun kita ingin tergesa-gesa, kita tidak ingin membabi buta.
Kerana walaupun kita ingin segera menemui cinta, kita tidak ingin sesat dan kehilangan arah dalam proses pencarian itu.

Jika ingin berlari, belajarlah berjalan dahulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.

Apakah kita perlu tergesa-gesa mencari orang yang kita inginkan, lalu menimbang memilih apa yang ada.
Atau hanya menerima orang yang kita cintai, lalu memuaskan diri dengan apa yang ada.
Atau bersabar untuk mencari orang yang tepat, kerana sesungguhnya hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan hanya untuk bersama pilihan yang salah.

Perlu diketahui, tiada bunga yang boleh mekar semalaman dan tiada kota yang boleh terbina dalam sehari,
Inikan pula kehidupan, yang perlu dikandung dahulu selama sembilan bulan,
Oleh itu, sesuatu cinta yang agung perlu disemai dan dewasa bersama kehidupan.

Kebanyakkannya, sesuatu perkara yang indah dalam hidup ini tidak terjadi dalam sekelip mata. Adakalanya perlu mengambil masa yang lama, dan ketahuilah.. segala penantian itu tidakkan sia-sia.

Walaupun penantian itu memerlukan - keimanan, kesabaran, keberanian dan pengorbanan tetapi percayalah - penantian yang diberkatiNya menjanjikan satu cinta indah yang tidak terbayangkan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

READ MORE - Apa itu Cinta?

Thursday, April 9, 2009

Award yang pertama !!

Posted by Fah@Umi at 9:35 AM 0 comments
Thanks ya Aisyah, my best friend, kawan sekolah aku sejak tingkatan 1, tapi start rapat mase tingkatan 2, aku start rapat dengan dia masa tingkatan dua..

ni nk cetuskan memori lame ckit..kihkih..

masa tu guru kelas aku namanya cik Rahimah, dia mengajar pendidikan seni, cikgu aku ni seorang yang garang, die slalu kate lukisan aku x lawa, malu laaa....aku suka seni tapi aku x suka msk kelas seni, sbb selalu kene komen, pastu kene bawak water kaler, dah la besar, berat lak...huh...tp klu ade keje sekolah subjek seni, mang aku suka, dan mang aku dahului dlu siapkan daripada keje sekolah lain, aku ni suka seni, tp xde bakat, paham x??...aku je yg paham..huhu...

aku kalau kaler lukisan mang hancuss !!...aku ingat lagi, mase tu cikgu rahiman suh kelas aku lukis air terjun, aku pun semangat lah lukis, klu aku lukis aku mang x suka tunjuk kt orang, tp terpaksa la hantar jugak lukisan tu, pastu cikgu tu gelak, katenye aliran sungai yang aku lukis dan warnakan tu dahsyat sgt, dia kate klu org mandi kt sungai ni mesti mati, sebab aku lukis aliran tu tajam dan besar, mang xde seni langsung, aku cettung doh mase tu, tp bile ingatkan balik mang klakar lah...hahaha...opps..aisyah lak lukisan die sokmo kene puji..huhuhu...sebab dia mang seorang yang berjiwa seni dan berbakat dalam seni..aku lak berjiwa seni tapi xde bakat...hahaha...selalu je dapat C...

pastu yang aku x leh lupa lagi, sorang cikgu ni, nama die cikgu Alias, aku suka dia ngajar sbb mudah faham, tp die ni suka merotan, tabiat aku lak suka "congget kerusi" ,paham x? mesti yang bace ni x paham, aku nk terang pun x reti, sila la bertanya ngan org ganu, then aku akan kene rotan kt tangan, cian aku, tp bkn aku sorg, ramai lagi yg kene..huhu....pastu klu exam dan x capai target dia, kene rotan gak, tp aku x kene la sbb slalu melebihi target..hihihi...

mase form two tu, aku rapat ngan Aisyah, Lutpiah, Haslinawati...ntah camne perkembangan diorang sekarang, dah lame x jupe, aisyah aku jupe kt myspace, yg lain2 x jupe..ntah2 dah kawen blake...aku??bile kawen??....insyaAllah cuti sekolah, tp x tau cuti sekolah tahun bile, tahun ni ke, tahun depan ke, x tau lagi, sbb tak ketemu lagi ngan jodoh aku tu, doa2 kan la semoga aku cepat diketemukan ngan jodoh aku, dan mitak2 dia seorang yg baik, bertanggungjawab, boleh membimbing aku yg iman senipis kulit bawang ni..hihi...




READ MORE - Award yang pertama !!

Wednesday, April 8, 2009

Siapakah dia yang tidak boleh dicuri ?

Posted by Fah@Umi at 8:30 PM 6 comments
Dia tidak meminta bayaran, namun menciptakan banyak kenalan.

Dia memperkaya mereka yang menerimanya, tanpa melaratkan mereka yang memberinya.

Dia terjadi hanya sekejap namun kenangan tentangnya kadang-kadang bertahan selamanya.

Tak seorangpun yang kaya mampu bertahan tanpa dia, dan tak seorangpun yang begitu miskin tetap menjadi lebih kaya daripada manfaatnya.

Dia menciptakan kebahagian di rumah, mendukung niat baik dalam perniagaan dan merupakan tanda balasan dari kawan-kawan.

Dia memberi istirahat untuk rasa letih, sinar terang untuk rasa putus asa dan sinar mentari bagi kesedihan.

Namun dia tidak dapat dibeli, dipinjam atau dicuri kerana dia adalah sesuatu yang tidak berguna sebelum diberikan kepada orang lain.

Siapakah si dia?


Dia-lah yang bernama senyuman!

Senyum-senyum selalu! emotions

Lagu Senyum

senyum seindah
suria yang membawa cahaya
senyumlah dari hati
duniamu berseri

senyum umpama titian
dalam kehidupan
kau tersenyum kutersenyum
kemesraan menguntum

senyum..kepada semua
senyumanmu amatlah berharga
senyum..membahagiakan
dengan senyuman terjalinlah
ikatan..

senyumlah engkau..
jika engkau mahu orang lain tersenyum padamu
..


sumber :www. iluvislam.com

sebenarnya aku ni seorang yang susah nk senyum, cetung sokmo bak org ganu kate...dan aku dapat petua dari seorang kawan, die suh aku praktise senyum depan cermin dan bile bgn je dr tidur terus senyum katenya, dan insyaAllah harimu pasti akan ceria....aku tgh amalkan...hehehehehe....:D






READ MORE - Siapakah dia yang tidak boleh dicuri ?

aku -->alam persekolahan VS alam pekerjaan

Posted by Fah@Umi at 9:38 AM 5 comments
Assalamualaikum...

ape yang aku nk citer kali ini adalah pengalaman aku sendiri, bkn secara umum, sbb setiap orang ada kisah masing-masing dan ape yg aku citerkan disini tak semestinya dialami setiap orang, ade yang lebih suka dan heppy ketika di alam persekolahan(tadika, sek menengah, sek memandu, university dan lain2) berbanding di alam pekerjaan, dan begitu juga disebaliknya....

bagi aku pulak, alam persekolahan lebih best, tak banyak masalah, hepy jer, x stress sgt, kecuali masa exam la, tu pun klu aku study last2 minit, hehehe...bkn sokmo, kdg2 jer..huhu...

alam pekerjaan lak, cabarannya mang byk sgt2, aku pun x reti sgt nk citer panjang2, ape yang berlaku kat aku,aku pasrah dan aku yakin ini semua adalah dugaan dari Allah swt kat aku, ape yang bleh aku citer ckit kat sini adalah, bidang yg aku keje sekarang ni adalah bidang yg aku x minat, mang stress ckit la bile kite buat sesuatu yg kite x suka, jenis aku adalah, aku ni pendiam, low of communication skill..hehe...aku ni suka wat keje sorang2 jer, bg komputer sebutir, n bg aku wat keje, itulah style aku....

tp keje aku sekarang ni, kene berhubung dengan ramai orang, kene dengar masalah, then selesaikan, pastu kadang2 kene marah, tp kadang2 aku marah balik, dan ilmu aku dlm bidang ni ckit, so aku kene cari ilmu tu sendiri melalui internet, buku, bertanya orang yg lebih berpengalaman, sebab kalau aku xde ilmu, nanti bile orang tanye, tergagap lak...dan xleh nk selesaikan masalah..ape keje aku sebenarnya??biarlah rahsia dulu..huhu....

walaupun dengan susah payahnya, tapi dekat setahun dah aku duk wat keje ni, dan aku nampak hikmah disebaliknya, sesungguhnya setiap ape yg berlaku dan dugaan yang diberii, ade hikmah disebaliknya, kini aku lebih berkeyakinan berhadapan dengan orang, dengan masalah, dapat mengetahui pelbagai jenis perangai menusia dan belajar menangani masalah, dan yang juga belajar untuk bersabar, semua ini membuatkan aku lebih matang...

sebenarnya sepanjang hampir setahun aku bekerja dalam bidang ni, dah banyak kali aku nk ambik tindakan nk benti keje, terutama bile datang masalah yg banyak dan aku strees, tapi aku memiliki ramai kawan yang banyak memberi nasihat dan memahami aku, dan bile aku pikir balik kate2 mereka aku hapuskan niat aku nk benti keje dan terus bertahan hingga ke hari ini...

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan rezeki yang tuhan bagi kt aku, klu dibandingakan, ramai yang masih xde keje, menganggur, aku ni dikira bernasib baik, alhamdulillah....aku akan cuba buat yang terbaik dengan amanah yang diberi kat aku..insyaAllah..

kawan-kawan aku selalu bagi nasihat supaya bersabar, kerana di zaman kegawatan ekonomi kini, ramai yang xde keje, aku lak ade keje tp nk benti, nanti klu benti keje, mesti aku terkonting kanting kat umah dengan aktiviti mengemukkan badan, hehehehe....

rindunya kat alam persekolahan, klu ade mesin masa cam citer doraemon tu, kan best, pasti aku akan balik ke zaman sekolah dlu jupe ngan kawan2, cikgu..waa, best2...pastu main hujan, main basikal, derak2(bersiar2), mandi sungai, main tarzan2, ganas jgk aku ni dlu..huhu....semua tu kenangan terindah....


ooppss !!..x sangka aku bleh tulis pnjg camni, panjang ker??bg aku dah panjang ni, sbb aku xde bakat dlm bidang penulisan..hehehe...satu permulaan....nanti entry lain, aku cuba merapu dengan lebih panjang lagi...thanks kepada sesiapa yang sudi membaca...harap2 jgn pening dengan ayat aku yang tunggang terbalik ni...hihihihi...
READ MORE - aku -->alam persekolahan VS alam pekerjaan

Tuesday, April 7, 2009

Yuna dan sebenarnya

Posted by Fah@Umi at 8:13 AM 4 comments
Sebenarnya nama aku sharifah binti osman, aku dah lame bagitau dah iaitu masa aku mula-mula start ber blogging lagi, yuna tu nickname aku/koya-koya nama jepun(koya=perasan), huhuhu.... dah lame aku guna nickname ni, tgk orang lain ade nickname, aku pun nk ade nickname jgk, hehe.... nama yuna ni datangnya dari satu watak katun Final Fantasi, aku mang minat ngan watak heroin bernama yuna tu, come je aku tgk, ni dia pic yuna final fantasi....

yuna

ni lak pic aku yg x seberapa
Fah

ade mcm iras-iras yuna tak? klu sape kate ya, aku bg 100 markah, sape kate x iras, aku bg 1 markah..tepuk tgn !!hahaha....perasaan betul aku ni...dengan tudung yg kepek mcm tu(sebab ditiup kipas)...fuh !!, penat aku betulkannya...

mungkin ade yang kate aku tiru nama yuna yg sekarang ni tgh famous tu, aku nk bg kenyataan media hari ni, yang sebenarnya aku mang tiru, tp aku tiru yuna final fantasi...aku guna nickname ni sejak 3 tahun yang lepas...huhuhu....

ade yang panggil aku yuna, ade gak yg panggil fah, ikut suka korang la nk panggil yuna ke, fah ke, erra fazira ke, siti nurhaliza ker(dah terlebih koya ni !!)...klu pggil sharifah pun lagi bagus, sampai ckit maksudnya, tu pun klu korang rajin la nk taip name aku yg pendek tu..huhu....

email aku, yuna_malay85, sebab, yuna final fantasi tu jepun, so aku ni yuna melayu celup la(koya lagi)..haha....85 lak tahun kelahiran aku...

jom kita layan lagu yuna dan sebenarnya jap...yuna yg tgh famous & tiptop tu, mang best lagunya...


READ MORE - Yuna dan sebenarnya
 

^_^PeLaNGii KeHiDuPaN^_^ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal