Friday, February 27, 2009

Imam Thailand & Harga Sebuah Iman

Posted by Fah@Umi at 7:56 AM 4 comments
Assalamualaikum..

Dah lame aku x update blog aku ni, sebab keje yang bertimbun-timbun selepas aku balik dari wat audit kat cawangan pantai barat selama seminggu, aku ingat nk tulis jugak pengalaman aku selama seminggu semasa bertugas di pantai barat, tapi masa yang tidak mengizinkan, ( sebenarnya tengah cari mood untuk menulis, he..he..he)...
mood yang ade sekarang adalah membaca, dan tempat yang aku lepak untuk membaca adalah di ruangan kegemaran aku, iluvislam.com...diantara artikel-artikel yang aku bace tu, ade satu cerpen/cerita yang menarik minat aku, dan ingin aku kongsikan disini, supaya kita sama-sama mendapat manfaatnya..insyaAllah..

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.

Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!


Sahabat-sahabatku sekalian... Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang, mereka yang masih belum memeluk Islam akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam. Moga akhlak mulia yang kita pamerkan akan menjadi wasilah da’wah yang paling berkesan dan berbekas di hati-hati mereka..

sumber : www.iluvislam.com
READ MORE - Imam Thailand & Harga Sebuah Iman

Sunday, February 15, 2009

Damba Cintamu

Posted by Fah@Umi at 1:27 AM 0 comments

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah, kejahilan hambaMu
Kusering melanggar laranganmu
Dalam sedar ataupun tidak
Kusering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah
Diri ini Yang mendamba cintaMu
Aku lemah Aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua kumemungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Bilakah diri ini kembali
Kepada fitrah sebenar
pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku, kau pimpilah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dari mu
Kau Pengasih Kau penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambamu
Selangkah ku kepadaMu Seribu Langkah kau padaku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku snaggup kenerakaMu

Kutakut kepadaMu
Kuharap jua padaMu
Mogaku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

inspire by Raihan


READ MORE - Damba Cintamu

Thursday, February 12, 2009

Boikot Boikit

Posted by Fah@Umi at 1:34 AM 0 comments

Assalamualaikum…


mesti yang bace posting aku kali ni x penah dengar kan tajuk kat atas, aku reka je tu..aku mang suke reka yang ngarut-ngarut ni...hehehe..Ni lah kali pertama aku kene tag, dan orang yang bertanggungjawab yang mengetag aku adalah pakcik kepada aicah..


kalau boikot-boikot ni, Kalau deri segi makanan segera aku xde lah susahnye sgt nk boikot sbb aku kurang jugak makan makananasegera cam KFC, Mc D, Pizza and etc…sebab mahal sgt, klu nk mkn ayam goreng, beli je la kt pasar malam, kalau nk makan burger, beli kat ramlee burger, klu nk mkn pizza, beli kat kedai roti, ade jgk pizza yg RM1.50 tu, klu nk mkn kentang lak, beli kt pasaraya tu, n blk goreng…hehehe….tp tipu sesangat la kalau nk kate aku x penah langsung mkn kt KFC, Mc D, Pizza tu, mkn jgk, tp kire klu setahun tu ade la dlm 2 kali kot aku masuk kt restoran tu..huhu..skarg kite boikot !!...(mampu ke aku…hehehe..aku mesti boleh !!! )


ade jugak yang susah nk boikot tu, sebab dah biase guna barang tu dan tengah guna barang tu, contohnya nokia, nak guna yang lain kene beli lak, mahal tu…tapi insyaAllah yang mampu aku boikot, aku akan boikot..


antara yang dikehendaki oleh tag tu…


List down 5 of the products from the list below that you are boycotting, and then list down 5 of the products that you will try your best to boycott, and finally list another 5 of the products that you find it hard to boycott, and tag 5 others.

This tag is to get everyone to read the list below carefully and identify which products affects your life and the lives of the Palestinians most! You can also compare your list with your friends and see : if they can boycott one product that you haven't been boycotting, why can't you start to boycott the product too?

5 products i'm boycotting
1. KFC
2. 7 Elevent
3. Mc Donald
4. Loreal
5. Maybelline

5 products i will start to boycott
1. Johnsons & Johnsons
2. Kotex
3. Coca-Cola
4. Disney
5.

5 products that i find hard to boycott
1. Maggi ( ketika kesempitan melanda diriku, dah sebati sejak kecik ni)
2. Nokia ( yang aku guna sekarang)
3. Tesco ( selalu jugak pegi ni)
4. Nestle ( banyak sgt produk Nestle ni kt pasaran )
5. Intel ( yang mang aku guna skang )

Belilah barangan buatan malaysia...huhu

READ MORE - Boikot Boikit

Tuesday, February 3, 2009

Indahnye...Rindunye....

Posted by Fah@Umi at 5:29 PM 7 comments

Indahnya pantai ciptaan Allah swt...Alhamdulillah, kerana aku masih mampu menikmati keindahan ciptaannya sehingga ke hari ini...Alhamdulillah dengan segala kurniaan Nya kepada ku..aku bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau berikan Ya Allah...Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

Kita hidup aman dab bhagia di negara kita, Teringat lak kat saudara islam kita kt palestin dan tempat-tempat lain yang ditindas dan dizalimi orang-orang kafir laknatullah, ape yang aku mampu lakukan untuk menolong.....aku hanya mampu berdoa untuk mereka...Ya Allah, selamatkan la mereka dari kekejaman orang-orang kafir, turunkan lah bantuan mu ya Allah, binasakan lah mereka....sesungguhnya engkau maha berkuasa, maha pengasih dan maha penyayang...sama-sama la kite memboikot barang-barang yg dikeluarkan mereka yg zalim ni...

Tiap-tiap hari aku keje..hari sabtu hingga khamis...9.00am sampai 5.00pm, kadang-kadang OT sampai kul 7...blk umah sewa, mkn, lepak jap, pastu basuh baju, lipat baju, tdo..tu je la aktiviti aku, rutin harian, boringnya....rindu kat rumah, kat mak ayah...kat pantai...dah lame sgt aku tak g pantai...plan2 nk g pantai hari jumaat ni, pagi jumaat ingat nk g joging dulu kt Taman Tengku Anis, pastu terus g pantai cahaya bulan.....nk hirup udara segar, nk tenangkan fikiran...nk belari-lari kt pantai camni..heheDapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot....hari-hari duk mengadap komputer je aku, blk umah ngadap labtop lak....tensyen btl..Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot..jom la sape-sape yang nk ikut hari jumaat ni..hehe..nk bakar cikit lemak-lemak lebihan yang aku kumpul dan tak pakai ni..hahaha




Dari kecik aku mang sukakan keindahan alam, cam pantai, air terjun, tasik...bestnye....kat desktop komputer aku kt opis and laptop mang gambar pantai, kawan-kawan slalu kate aku ni jiwang..bior la dieorang nk kate per, yang penting aku bahagia dan tenang bile tengok desktop aku..haha....Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


Sungguh Agung Ciptaan Mu Ya Allah..


READ MORE - Indahnye...Rindunye....
 

^_^PeLaNGii KeHiDuPaN^_^ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal