Wednesday, January 28, 2009

Musim-Musim Novel

Posted by Fah@Umi at 3:40 AM 4 comments
Assalamualaikum...

Dah lame aku tak posting mengunakan idea aku sendiri, asyik copy paste je, tapi diharap setiap artikel or ape2 aje yg aku letakkan kt blog ni dapat memberi manfaat kepada sesiapapun yang sudi membacanya…sejak dua menjak ni kegilaan terhadap novel timbul semula, semuanya gara-gara terjumpa novel yang boleh di dowload yang aku dapat dari blog pakcik lysam ( http://antaracitadancinta.blogspot.com. )

Semua novel2 yang ade kt blog tu aku dah bace kecuali “ayat-ayat cinta”, kebanyakannya adalah novel berbentuk Islamic, yang paling best sekali adalah “Relevankan aku dihatimu”(RADHA)” dan novel yang klaka lak “bukan lagi pelakon tambahan”..bkn lg pelakon tambahan mang lawak gile, kadang2 klu aku duk sorg2 klu teringat part2 yg klakar dlm citer tu, senyum sorg2 jdnya, aku suka watak “black & mat pearl”, novel yang lain2 pun semua best, mula2 pakcik lysam sarankan aku bace novel ayat2 cinta, sebab dia kate klu bace dlm novel lebih best dari yang tgk kt filem, tp jenis aku ni, klu aku dah tgk sesuatu citer or bace sesebuah novel mang aku x kan bace dan tonton dah untuk kali kedua. Klu novel or CD yang aku beli tu, lepas diguna pakai, akan tersadai camtu jela kirenye, tp sepanjang hidup aku baru sekali je aku aku beli novel..he..he..mase tu tingkatan 4, tajuknya “ ombak rindu “, ramai orang kate cite tu best, tp aku bace biase2 je kot..huhu.

sesungguhnya membaca novel berbentuk Islamic ni sedikit sebanyak mempengaruhi hidup aku, xpayah la aku cite kt sini, takut niat dihati terpesong lak, biar aku sorg je yang tau…bile dah terjebak baca novel2 ni, baru aku sedar novel yang cintan cintun ni agak mengkayalkan ckit, dan tak banyak memberi faedah, maaf la kepada sesiapa yang suka bace novel cinta cintun yang membaca posting aku kali ni, mungkin pandangan kita berbeza, tapi aku tulis ni berdasarkan pengalaman dan perbandingan yang aku buat sendiri.sape2 yang setuju ngan pandangan aku angkat kepala, dan yang tak setuju angkat kaki….tapi aku layan jugak novel cintan cintun & jiwang, hehehe…isi mase di kala kebosanan tahap otomen vs doraemon.

Selepas aku dah habis explore novel dlm blog pakcik, ntah kenapa aku tercari-cari novel lain lagi, pastu aku terbace dlm satu posting kt iluvislam tentang novel “ketika cinta bertasbih”, ramai la yg kate cite tu best, pastu aku search kt google cite tu, jupe la kt blog sorang kawan yg berasal dr Indonesia,aku pun download la,dan ucapkan time kasih kt owner blog tu.

Meh nk citer ckit pasal novel tu…

Novel ni adalah sebuah novel dwilogi pembangun jiwa karya Habiburrahman El Shirazy, (Novelis yang juga menulis citer ayat-ayat cinta). Ketika cinta bertasbih mempunyai dua episode, episode pertama covernya color Hijau, yang kedua lak color oren. Watak-watak dalam novel ni, Khairul Azzam(mas insinyur), Anna Anthafunnisa, Furqan, Elyana, Husna dan ramai lagi.

Cite ni mengisahkan seorang pemuda Indonesia bernama azzam yang tabah menghadapi pelbagai dugaan dan ranjau yang mencabar demi untuk menyara adik-adiknya di kampung dan juga tujuan nya yang datang ke cairo untuk belajar di universiti Al-Azhar. Pada tahun pertama pengajiannya, dia dikejutkan dengan kematian bapanya, oleh kerana keluarga yang miskin, dia terpaksa belajar sambil bekerja demi menyara keluarganya dan juga dirinya. Azzam mengusahakan bakso dan tempe di mesir, dia tidak lagi dapat menumpu sepenuh perhatian pada pelajarannya, kawan-kawannya ramai yang sudah menamatkan pengajian tetapi dia masih di S1, tetapi die tidak menyalahkan takdir, kerana die percaya semua dugaan ini ada hikmahnya.

Anna anthafunnisa lak adalah anak seorang kiai di pesantren darul quran, seorang gadis cantik dan juga merupakan seorang pelajar universiti Al-azhar,azzam bertemu anna Sewaktu ingin ke pasar untuk membeli bahan dan rempah bakso dan tempe nya, die kebetulan bertemu anna anthafunnisa yang bertanyakan arah kedai buku. Sewaktu perjalanan pulang die sekali lagi diketemukan dengan anna, mase tu ade la accident(bkn kemalangan jln raya), tp dompet kwn anna kene curi, & azzam pun tolong.

Sblm azzam jupe ngan anna kt pasar tu, sbnrnye die penah disuruh oleh pakcik ali(driver Elyana) supaya g meminang anna anthafunnisa kerana peribadi anna yg baik & solehah, azzam pun g la meminang anna melalui pakcik kpd anna, padahal mase tu die x penah pun jupe anna, hanye dgr cerita tentang anna melalui pakcik ali jer. Tapi azzam hampa sebab rupa-rupanya kawan die dah meminang anna dulu iaitu furqan, die pun terpaksa la menarik diri.

Lepas kejadian tu, anna sbnrnye suke la kt azzam tu, tp akibat desakan family die suh terima peminangan tu, die pun terima la, sebab dah ramai sgt g meminang die, tapi die menolak, tp kali ni die xde pilihan dah…

Tanpa di ketahui anna, family anna, family furqan, rupa-rupanya furqan ni telah dijangkiti penyakit yang sgt ditakuti dan digeruni, dan mang xde ubat lagi utk penyakit ni, dan disebabkan furqan ni nak sangat-sangat kat anna, die rahsiakan penyakit tu dan mengahwini anna….

p/s : asal-asal nk citer ckit, tp jadi banyak lak..hehehe…untuk kisah seterusnya, sila la dapatkan novel “ ketika cinta bertasbih” ni di pasaran...kepada sesape yang tak paham synopsis di atas, jgn marah yer, sesungguhnya aku akui aku mang tak reti mengarang..huhuhu….

sekarang ni dalam proses membaca novel yang diberikan oleh seorang kawan, namanye Jorasmin, die suh aku komen novel tu, huhuhu…ade ke patut aku suh aku yang tak bertauliah ni memberi komen, tetapi aku akan memberi pandangan sebaik mungkin yer cikgu Jorasmin..tajuk novel tu "Daerah Cinta yang Terindah" dan "Serpihan Memori"

Aku Pencinta Seni….
READ MORE - Musim-Musim Novel

Saturday, January 10, 2009

Dugaan Kasih

Posted by Fah@Umi at 8:59 PM 0 comments
Judul : Dugaan Kasih
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com

Wahai teman usah kenangkan
Kisah cintamu yang amat memilukan
Ditinggalkan kekasih hati
Impian hidup tiada erti lagi

Diri kecewa hampa dan duka
Derita seakan tiada hujungnya
Arah hidupmu tidak menentu
Tiada insan dapat membantu

Bukankah ini suatu dugaan
Dari Tuhan yang Pengasih Penyayang
Kita sekadar dapat merencana
Hanyalah Dia yang menentukannya

Titis air mata jangan dipersia
Curahkan hanya kepada Yang Esa
Semoga hidup kan lebih sempurna
Sinar bahagia pasti menjelma

Suburkanlah iman di hati
Selalu menginsafi diri sendiri
Tiap ujian pembuka jalan
Untuk kembali kepada Tuhan

Lagu : Ali Hj Yassin
Lirik : Ali Hj Yassin
Gubahan : Haikal
Muzik : Ali Hj Yassin
O.P. : Magic Eyes Production


READ MORE - Dugaan Kasih

Friday, January 9, 2009

Adakah cinta memerlukan sebab?

Posted by Fah@Umi at 5:22 AM 1 comments
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang
dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.


Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang
memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya.
Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan
teman lelaki, semuanya tahu
menerangkan mengapa mereka mencintai.
Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun
begitu abang tidak boleh
terangkan sebabnya


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Cinta sebenar adalah cinta kepada Alah. Maka cinta itu tak akan sia-sia.
READ MORE - Adakah cinta memerlukan sebab?
 

^_^PeLaNGii KeHiDuPaN^_^ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal