Monday, December 29, 2008

doa untuk diamalkan

Posted by Fah@Umi at 5:37 PM 0 comments
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan… 
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku.. 
Titipkanlah kebahagiaan antara kami… 
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengasihi 
Seiringkanlah kami melayari hidup ini.. 
ke tepian yang sejahtera dan abadi.. 
Maka jodohkanlah kami..

Tetapi ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan 
Dia bukan milikku.. 
Bawalah dia jauh dari pandanganku. 
Luputkanlah dia dari ingatanku… 
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan… 
Menolak bayangannya jauh ke dada langit… 
Hilang bersama senja yang merah… 
Agarku sentiasa tenang.. 
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan.. 
Adalah yang terbaik untukku… 
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui… 
Segala yang terbaik buat hamba-Mu…

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… 
Di dunia dan di akhirat… 
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini… 
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian… 
Di dunia ini mahupun di akhirat… 
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan Kemungkaran… 
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang Beriman… 
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan Hidup… 
Ke jalan yang Engkau redhai… 
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan Soleha…

Ya Alllah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat… 
Dan peliharalah kami dari azab api neraka…

AMIN..AMIN..AMIN… Ya Rabbal’aalamin…
READ MORE - doa untuk diamalkan

Friday, December 26, 2008

Mengapa Wanita Sangat Istimewa....19 hadis mengenai wanita

Posted by Fah@Umi at 7:33 PM 1 comments
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

ini pun saya dapat dari i luv islam...selamat beramal kepada semua wanita, semoga kita mendapat hidayah dan petunjuk darinya..dan semoga kita tergolong dalam orang2 yang beriman..amin...lebih byk artikel yg berguna yang akan anda perolehi..sila la ke laman web ini...www.iluvislam.com
READ MORE - Mengapa Wanita Sangat Istimewa....19 hadis mengenai wanita

Mengapa Wanita Sangat Istimewa....

Posted by Fah@Umi at 6:43 PM 0 comments
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."


masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..


ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...


ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...


aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...


Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...

well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri... Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

citer ni, saya dapat dari 'I LOVE ISLAM"..saya x forwardkan, tp letakkan kt blog saya, supaya lebih ramai yg akan bace, "mengapa wanita sangat istimewa"...selamat membace yer..^_^




READ MORE - Mengapa Wanita Sangat Istimewa....

Thursday, December 25, 2008

Ya Allah.. Jagalah Cintaku.

Posted by Fah@Umi at 5:10 AM 1 comments

Ya Allah, 
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin, 
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Rabbana, 
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati, 
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui jihad dan syahid di jalanMu.

Ya Allah, 
jika aku rindu, 
jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.

Ya Allah, 
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah, 
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, 
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga terlupa pada kasihMu yang hakiki dan abadi.
READ MORE - Ya Allah.. Jagalah Cintaku.

Sunday, December 21, 2008

Kalau korang lahir pada tahun 1973-1985.. Mesti korang ingat ni

Posted by Fah@Umi at 5:54 PM 5 comments

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver
Hawk
, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja

Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.


Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang
cawan
warna-warni kan .. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat
seblah...


ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi
yang berlubang, kene laa tampal.


ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...


cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
Pukul tapak tangan... kan ?


semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.


time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada
yang suka stoking tebal laaa...


internet? email? Menda alah ape tu?


CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je.


kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras
warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti

Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa

dlm class.


tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan
apek kat luar skola tuh...


lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.


lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...


permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2
duduk...
pakai bola tenis..titilagy satu main bola chopping ...perggg...berdentum dentum kt badan ..mase tuh tititititihehehe..

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2
color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!


lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu
ni.
baling2 kapur laa.


hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World
, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,

yg

Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...


bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam .


AIDS wujud sejak diorg lahir.


CD pun wujud time diorg lahir.


Michael Jackson dah putih dah time tu.


Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.


Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.


Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.


Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak
reti
nak switch on TV kalau xde remote control.


dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone...


hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:


1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap
hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile
bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time
kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...heheh


tapi apa yang pentinglahkan..bila kenangkan saat ni semua dgn
mendalam..
mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata..
yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan
lalui zaman yg sebegitu lagi..
sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita???

Sebenarnye artikel ni fah dapat dr email yg diforward kan oleh seorang kawan, bestnye zaman kanak2 dlu...hmmm...x mungkin dapt kembali lagi ke zaman tu...rindunye...
READ MORE - Kalau korang lahir pada tahun 1973-1985.. Mesti korang ingat ni

Saturday, December 20, 2008

Ada Apa Dengan Nama

Posted by Fah@Umi at 7:06 AM 2 comments
masa duk search nama-nama indah dlm tenet, jupe la satu laman web yg bagi makne nama-nama, aku pun dah lupe ape tujuan aku search nama2 indah ni....ni die makne nama aku,

Sharifah=Mulia

S=SUCI
Yang ni, btl la, masih suci lg..hehe

H=HARUM
harum ker?? aku ni x suke pakai minyak wangi, klu beli pun, sembur 2 hr jer, pastu tersadai kt meja, huhu..tp suke pkai losyen, wangi jgk la kot..

A=AMANAH
Alhamdulillah, setakat ni xde lg aku pecah amanah n wat benda2 yang berkaitan ngan x amanah ni,moga2 aku terus menjadi seorg yg amanah...amin..

R=RAMAH
tgk mood jgk, klu dtg mood ramah, semua org pun aku tgr, klu mood x ramah, jd nye, aku n dunia aku jer, xde org tau..huhu..tp kire bleh tahan la, ramah jgk la..

I=IKHLAS
ni hanye Allah swt yg tau, aku xleh bg komen...insyaAllah

F-FLEKSIBEL
fleksible jgk la..msk kandang kambing mengembek, msk kandang rimau, mengaum, tu perumpamaan jer, x brani la nk msk kandang rimau, nk mangembek, mengaum, buang tebiat ke haper..,walau fleksibel camne pun, kene ade jati diri n pegangan hidup

A=ALIM
alim ker,hehe...no komen...moga aku jg alim n jd muslimah sejati..insyaAllah, moga dapat petunjuk dan hidayah dari Nya..amin.

H=HARUM
harum lg? agaknye aku ni harum kot,huhu..kene tanye aina lah yg ni..huhu


x semestinye betul ni tau...kalau nk tau ade ape ngan nama anda, sile ke laman web ni
http://name.crazyartzone.com/
READ MORE - Ada Apa Dengan Nama

Friday, December 19, 2008

Epilog Silam

Posted by Fah@Umi at 7:41 PM 0 comments
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...




19/12/2008...sambil2 nk tdo n dgr radio ikim.fm, kuar la lagu ni, sayu je, liriknye cam kene je ngan diri aku...lagu ni mang menginsafkn...
READ MORE - Epilog Silam

Kadang-Kadang

Posted by Fah@Umi at 4:22 AM 0 comments
Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat... Tpi, byk pula dugaan yang datang.. Kadang2 kita minta cerdik, tapi, masalah pula yang bertandang... kadang2 kta minta kebahagiaan, tetapi, huru hara pula menjelang... Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah... SUBHANALLAH.. Betapa Hebatnya ALLAH itu.... semuanya ada hikmah.. Kalau lah manusia tahu hadis ini.. " Telah berkata Jibrail a.s: " Wahai Tuhan, Engkau smpaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman : " Biarkan hambaKu itu... kerana Aku mencintai rintih suaranya"..... - Anas ibn
Malik r.a

READ MORE - Kadang-Kadang

Thursday, December 18, 2008

22/11/2008~my graduation day

Posted by Fah@Umi at 8:59 AM 1 comments
audience view, dewan kecik jerk, ramai parent x leh msk, unitar kene tempah dewan yg lbh besar leh kali, cian parent nk tgk anak2 diorg konvo secara live..tp parent aku x dapat dtg, diaorg x sihat, xapelah, aku tau diorag sentiase doakan utk aku, sokongan dan harapan mereka dapat aku rasekan...huhu..cdih lak ase..moga Allah swt memberkati diorang..amin.

posing-posing je keje aku hr tu, kwn aku kate baju konvo ni cam antu cine, ade ke patut, x patut btl, tp mcm yer jgk..huhu..nasib bek aku x mcm antu

aku ngan ckin in da mirror, xdok aroh sgt doh nk bergambor...tp ok gak, gmbr blur, x nmpk sgt jerawat n bende2 yg x sepatutnye kt muke aku..ngengee..

ni lak my big bro, color len2..hehe..

uiks, anak sape ni...aku ke sape ni,gemuknye..asenye bj konvo ni je yg besar ni(nk sedapkn hati)...hr yg best sgt...semoga hr esk dan seterusnye, lbh baik dr hr sebelum ini..amin

aku n ckin family, kecik2 jer, aku yg paling besau..huhu..ni nk blk dah mase ni..

ckin nk g mane lg tu, jom blk !!
READ MORE - 22/11/2008~my graduation day

21/11/2008~Rehearsal day

Posted by Fah@Umi at 8:17 AM 0 comments
Alhamdulillah, akhirnye abis jgk aku blajar ..sambung blajar lg?insyaAllah klu ade sampai seru tuk blajar lg..hehehe...wat mase ni nk pikir pasal kejer, pasal nk pegang duit sendiri, n nk beli bende2 yg aku nk beli, sblum ni bkn x nk beli, tp segan nk mitak duit blanjer lbh..ckup la sekadar mkn n beli bende2 yg lebih pentin jer...hari konvocation unitar diadakan di PICC-Putrajaya International Convention Center..21/11/2008-raptai, tp aku x g mengtest kn diri aku pun kt ats pentas, tgk org jerk, mls nk volenteer, tp pelik la, patut sume kene raptai naik pentas..aku kire tawakal je la hr konvo nanti..ngehehehe...

aku & syikin pada hr raptai tuk konvo


ngan kawan2 dr unitar kb..aku ngan muka wat2 senyum depan kamera, tp hakkatnye tgn bosan sesangat


mase nk blk dah ni, ckin nk bergambar, aku dah la tgh riso, mane abg2(bodyguard) aku g lame sgt...actually pada hr tu aku aku x bwk duit pun, lupa..kredit lak tggl singgit, nsb baik batt hp byk lg, rupanye abg aku ade hal, kene g KL...so terpaksela aku kene naik teksi g chek in hotel sorg2, nk cr teksi lak susah, dah la ni 1st time aku sorg2 kt sini, kali terakhir dtg sini pun mase lawatan ting 6, nasib bek ckin pinjamkn duit kt aku dlu, fuhhh..mase nk nek teksi tu, control2 sount loghat ckit, kene ckp KL la ni, nanti kuar loghat ganu kene cas mahal lak..berbelit lidah, penat, pastu aku diam je sepanjang perjalanan..Alhamdulillah, sampai jgk aku kt hotel tu..Hotel Bangi Nilai...ni sume abg aku punyer pasal..gurau raksase+otomen+ape2 jelah..gerammnyerrr...
READ MORE - 21/11/2008~Rehearsal day

Cinta Kopi Masin

Posted by Fah@Umi at 8:00 AM 0 comments
Dia baru sahaja tamat belajar sebagai seorang doktor di UK. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup. Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah ma'had tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik. Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.

Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.

"Astaghfirullah", bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.

Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu,"kau kenalkah gadis itu?"

“Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa.Dan masih belum berpunya lagi”, jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!

Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata

"Berikan saya kopi masin!"

Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.

Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"

"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut....masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini" jawab lelaki ini.

Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan, mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya. Dia pasti seorang yang menyintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sanggat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.

Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di ma'had tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.

Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.

Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.

"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..

Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."

Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.

Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya,"Bagaimana rasa kopi yang masin?"

Dia dengan pastinya menjawab,"Rasanya manis sekali"


Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan,
Dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.
Wallahu a’lam.


terharunye bace cite ni...mmm
READ MORE - Cinta Kopi Masin

muslimah...

Posted by Fah@Umi at 7:43 AM 0 comments
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu x lg mampu bertahan...Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran...Hiduplah dalam iman walau hari di penuhi godaan & berpeganglah kpd Allah walau DIA tak kelihatan.Bukti kasihNYA...Kita wujud di dunia pinjaman ini... Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara & yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNYA yg mengaku keimanan padaNYA .Jangan terlalu berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu. Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah p'abdian yg hakiki lagi abadi..moga lelahmu di hargai ilahi walau di cemuh insani...
READ MORE - muslimah...

Wednesday, December 17, 2008

Tuhanku...

Posted by Fah@Umi at 11:53 PM 0 comments

Tuhanku
ampunkanlah segala dosaku

Tuhanku
maafkanlah kejahilan hambaMu
ku sering melanggar laranganMu
dalam sedar ataupun tidak

ku sering meninggalkan suruhanMu

walau sedar aku milikMu
bilakah diri ini
kan kembali
Kepada fitrah sebenar

pagi kuingat petang kualpa
begitulah silih berganti


Oh Tuhanku
kau pimpinlah diri ini

yang mendamba CintaMu
aku lemah aku jahil
tanpa pimpinan dariMu

kau pengasih Kau penyayang
kepada hamba-hambaMu
selangkah ku kepadaMu
seribu langkah Kau padaku

ku sering berjanji di hadapanMu
ku sering jua memungkiri
ku pernah menangis keranaMu
kemudian ketawa semula
Kutakut kepadaMu
Ku
mengharap jua padaMu
mogakukan selamat dunia akhirat
seperti rasul dan sahabat



READ MORE - Tuhanku...
 

^_^PeLaNGii KeHiDuPaN^_^ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal